subhannaallah wabihamdih
subhannaallah wabihamdih
subhannaallah wabihamdih
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

subhannaallah wabihamdih

membahas tentang agama islam.sunah rosulullah s.a.w, hidup & kehidupan
 
IndeksportalPencarianLatest imagesPendaftaranLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
bismillahirohmanirohim
--


border="0"


border="0"


border="0"

like/ twitter/+1
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Latest topics
» الشيخ محمد العريفي - ضع بصمتك في الخمور 1 - 7
hati di masjid Icon_minitimeMon Dec 12, 2011 12:55 pm by indofal

» ceramah syeh afeefuddin
hati di masjid Icon_minitimeThu Dec 08, 2011 11:57 am by indofal

» wafat gusdur mantan presiden RI
hati di masjid Icon_minitimeMon Dec 05, 2011 11:00 am by indofal

» kumpulan bayi-bayi lucu
hati di masjid Icon_minitimeMon Dec 05, 2011 10:53 am by indofal

» Islam sebagai Landasan Politik Melayu
hati di masjid Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:56 pm by indofal

» Lumpur Lapindo dan Dongeng Timun Emas
hati di masjid Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:51 pm by indofal

» Dahsyatnya Pengaruh Dongeng
hati di masjid Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:48 pm by indofal

» Bau Nyale, Teladan Berkorban Pemimpin
hati di masjid Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:45 pm by indofal

» Sumbangan Bahasa Melayu Riau Kepada Bahasa Indonesia
hati di masjid Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:41 pm by indofal

Top posters
indofal
hati di masjid 313hati di masjid 313hati di masjid 313 
barkah
hati di masjid 313hati di masjid 313hati di masjid 313 
Mujahid R. Faezan
hati di masjid 313hati di masjid 313hati di masjid 313 
lestarie
hati di masjid 313hati di masjid 313hati di masjid 313 
NurFirman
hati di masjid 313hati di masjid 313hati di masjid 313 
reva_rn
hati di masjid 313hati di masjid 313hati di masjid 313 
Gallery
hati di masjid Empty

 

 hati di masjid

Go down 
PengirimMessage
barkah
anggota perunggu
anggota perunggu
barkah


Jumlah posting : 139
field name : 2
Join date : 06.01.11
Age : 35
Lokasi : riadh

hati di masjid Empty
PostSubyek: hati di masjid   hati di masjid Icon_minitimeFri Feb 25, 2011 5:27 pm

study
Hampir dua dekad saya dilahirkan, saya tidak pernah melihat kakinya jauh dari masjid. Masjid jugalah menjadi rumah kedua beliau yang sering dikunjungi hampir setiap waktu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib mahupun Isyak. Ini menjadikan beliau sentiasa berada di barisan saf yang pertama. Tidak pernah melihat beliau menjadi imam, sekadar kudrat menjadi makmum sudah cukup membuatkan saya berasa bangga dengannya. Kini umurnya sudah menjangkau hampir 70 tahun. Kelihatan kedut di muka menjadi tanda usianya yang semakin senja.
Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Surah at-Taubah : 18)
Saya memanggilnya dengan panggilan abah merangkap pakcik saya sendiri. Rumah kami hanya bersebelahan sahaja. Perhubungan kami juga sangat akrab. Sejak saya kecil sehinggalah dewasa, panggilan abah sudah cukup sebati. Beliau juga pernah menjadi guru Al-Quran ketika saya berumur 9 tahun.
Cerita itu sudah lama. Kini usia saya yang sudah menginjak ke 21 tahun. Namun, apa yang pasti hatinya masih melekat di masjid. Subhanallah. Saya benar-benar terkesan.
Kerjanya bukan di pejabat. Tetapi di bawah panas terik, membanting tulang mencari rezeki. Berkhidmat membina rumah. Itu kerjanya. Kerja orang kampung. Sebelum memulakan kerja, di awal pagi sudah terpacak di kebun getah untuk mencari hasil. Itulah rutin seharian beliau dalam mencari punca rezeki. Namun kini beliau tidak mempunyai kekuatan untuk membina rumah lagi. Kudratnya kini hanyalah menoreh getah sehingga ke hari ini. Semakin uzur. Namun, hatinya masih melekat di masjid.
ALLAH MENGUJI IMANNYA
Beliau menggunakan motosikalnya setiap kali mahu ke masjid. Tetapi suatu ketika motosikalnya pernah rosak dan tidak boleh digunakan semula. Siapa sangka, beliau sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli motosikal. Siapa kata motosikal tersebut untuk ke bandar? Tidak pernah sesekali. Hanya untuk ke masjid!
Jika saya berada di rumah, saya hanya berkesempatan bersolat di masjid ketika waktu Maghrib dan Isyak. Sepanjang saya hidup, saya tidak pernah melihat beliau di barisan belakang kecuali di saf pertama. Bagaimana insan ini mampu bertahan sehingga hari ini. Kasihnya pada Allah.
Pada tahun 1995, suatu kejadian yang tidak diduga berlaku di depan mata saya. Rumahnya hangus terbakar dijilat api. Ketika itu usia saya baru sahaja berumur 7 tahun dan ketika itu saya sedang bermain 'masak-masak' bersama sepupu. Kedengaran letupan kecil di atas rumah. Saya bingkas bangun dan melihat api sudah marak di bahagian atas. Apa yang saya mampu hanyalah menjerit ketika itu. Apabila mengingatkan kembali peristiwa itu, secara logik akalnya rumah beliau dapat diselamatkan. Namun akibat cemas, mata hanya mampu melihat, hati hanya mampu merintih. Allah sedang mengujinya ketika itu.
Tangisan kedengaran. Saya hanya mampu memandang dari jauh. Kelihatan orang kampung sedang menenangkan beliau. Walau bagaimanapu peristiwa itu sudah hampir 15 tahun berlalu. Ujian menjadikan beliau sentiasa tabah mengharungi kehidupan.
MENGHADAPI HARI-HARI TERAKHIR
Saya tidak mahu masjid di kampung sepi tanpa kehadirannya. Bimbang andai beliau pergi dahulu sebelum saya. Apa yang boleh saya simpulkan, sifat rendah diri, hidup dalam keadaan serba sederhana menjadikan dunia ini benar-benar sementara buatnya.
"Abah dah tak larat, kau bawaklah (pimpin) tahlil untuk saudara" katanya sewaktu menyerahkan majlis tahlil sempena perhimpunan keluarga besar sebelah ayah saya.
Kata-kata itu menunjukkan isyarat bahawa waktunya hampir tiba. Saya seolah-olah tidak mahu kehilangannya. Siapa mampu menolak suratan takdir. Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya. Amin....
Kembali Ke Atas Go down
 
hati di masjid
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Racun-racun Hati : Racun Mata
» Racun-racun Hati : Racun Lisan
» Obat Hati (2) : Akrab dengan Al-Qur'an
» Racun-racun Hati : Salah Pergaulan
» Racun-racun Hati : Racun Perut

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
subhannaallah wabihamdih :: khusus islam :: tempat khusus islam :: kehidupan islam-
Navigasi: