subhannaallah wabihamdih
subhannaallah wabihamdih
subhannaallah wabihamdih
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

subhannaallah wabihamdih

membahas tentang agama islam.sunah rosulullah s.a.w, hidup & kehidupan
 
IndeksportalPencarianLatest imagesPendaftaranLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
bismillahirohmanirohim
--


border="0"


border="0"


border="0"

like/ twitter/+1
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Latest topics
» الشيخ محمد العريفي - ضع بصمتك في الخمور 1 - 7
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeMon Dec 12, 2011 12:55 pm by indofal

» ceramah syeh afeefuddin
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeThu Dec 08, 2011 11:57 am by indofal

» wafat gusdur mantan presiden RI
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeMon Dec 05, 2011 11:00 am by indofal

» kumpulan bayi-bayi lucu
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeMon Dec 05, 2011 10:53 am by indofal

» Islam sebagai Landasan Politik Melayu
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:56 pm by indofal

» Lumpur Lapindo dan Dongeng Timun Emas
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:51 pm by indofal

» Dahsyatnya Pengaruh Dongeng
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:48 pm by indofal

» Bau Nyale, Teladan Berkorban Pemimpin
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:45 pm by indofal

» Sumbangan Bahasa Melayu Riau Kepada Bahasa Indonesia
sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:41 pm by indofal

Top posters
indofal
sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313 
barkah
sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313 
Mujahid R. Faezan
sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313 
lestarie
sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313 
NurFirman
sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313 
reva_rn
sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313sirrah Nabi Muhammad 313 
Gallery
sirrah Nabi Muhammad Empty

 

 sirrah Nabi Muhammad

Go down 
PengirimMessage
Mujahid R. Faezan
anggota perak
anggota perak
Mujahid R. Faezan


Jumlah posting : 12
field name : 0
Join date : 15.01.11
Age : 48
Lokasi : lubuk linggau (sumatra selatan)

sirrah Nabi Muhammad Empty
PostSubyek: sirrah Nabi Muhammad   sirrah Nabi Muhammad Icon_minitimeMon Jan 17, 2011 6:49 pm

BAB SATU

Allah menunjukkan kebesarannya dalam memenangkan agamanya.

4.Bagaimana Nasrani masuk ke Jazirah Arab

Selepas itu, ketika Yaman diperintah oleh keturunan Tabban yang bernama Zu Nuwas. Ketika itu ada seorang rahib Nasrani dari Syam yang beragama tauhid. Dia keluar dari Syam untuk berdakwah ke Afrika. Dalam perjalanan dia diserang oleh perompak, ditangkap dan dijual kepada seorang lelaki dari Najran. Kemudian lelaki itu berpindah ke Jazirah Arab. Menurut sejarah nama rahib ini Femeon. Femeon telah menjadi hamba. Disamping dia berkhidmat dengan tuannya dia juga beribadat diwaktu rehat dan sangat kuat beribadat dengan agamanya. Satu malam tuannya masuk ketempat Femeon lalu didapati Femeon ini bercahaya-cahaya. Tuannya tanya apa rahsianya. Femeon mengambil peluang berdakwah kepada tuannya tentang agama Nasrani. Orang Najran ketika itu menyembah pokok. Kata Femeon kepada tuannya, bagaimana kalau Tuhan aku dapat mengalahkan tuhan kamu, apakah engkau mahu menyembah Tuhan aku? Kata Najran itu, kalau memang Tuhan kamu dapat mengalahkan tuhan aku, aku masuk agama kamu. Lalu dikumpulkan orang ramai ditempat adanya pokok yang menjadi sembahan orang-orang Najran. Femeon datang ke situ bersembahyang dan berdoa kepada Allah agar memberi hidayah kepada orang-orang Najran kepada agama tauhid. Akhirnya Allah datangkan kilat membakar pokok itu. Dengan peristiwa itu orang-orang Najran semuanya masuk agama Nasrani.

Selepas itu ada seorang lelaki dari Najran bernama Abdullah bin Tsabit dan beberapa orang pendeta Nasrani dari Najran berpindah ke Yaman. Mereka beribadah secara rahsia di Yaman kerana takut kepada orang-orang Yahudi Yaman. Ketika itu Yaman masih diperintah oleh Tubba' yang bernama Zu Nuwas. Ketika itu Zu Nuwas sedang mencari pengganti kepada ahli sihirnya yang dah tua. Dia memilih seorang remaja yang paling cerdik di negerinya untuk mewarisi ilmu sihir dari tukang sihirnya. Setiap hari remaja ini pergi belajar sihir dari tukang sihir raja yang tinggal di bukit. Didalam perjalanan remaja ini ketempat gurunya dia lalu ditempat salah seorang Rahib dari Najran tadi. Dia dapat dengar rintihan Rahib ini dalam ibadahnya, akhirnya dia jatuh hati dengan rintihan dan doa Rahib ini dan mula masuk belajar dengan Rahib ini. Dalam masa yang sama dia juga belajar ilmu sihir dari tukang sihir raja. Lama-kelamaan dia jadi benci dengan sihir dan tidak pergi lagi belajar dengan tukang sihir raja. Dia hanya pergi belajar dengan Rahib tadi. Tukang sihir melapurkan kepada Raja. Lalu Raja menangkap remaja ini, diazab dan dipaksa dia keluar dari agama Tauhid yang dia belajar dari Rahib. Remaja ini tetap dengan pendiriannya hingga Raja Zu Nuwas atau Tubba' Zu Nuwas memerintahkan agar remaja ini dibunuh. Untuk membunuhnya pengawal raja bawa dia ketengah laut untuk dicampakkan ke tengah laut, sampai tengah laut datang ribut, sampan terbalik semua pengawal raja mati tetapi remaja ini pulang mengadap raja dengan selamat, Maha Besar Tuhan. Raja perintah supaya dia dicampak dari atas gunung pula, rakyat semua menyaksikan peristiwa ini. Bila tentara raja nak campak remaja ini dari atas gunung berlaku gempa bumi, semua tentera raja yang membawa remaja ini jatuh dari atas gunung dan remaja ini selamat.

Berbagai cara digunakan oleh Tubba' Zu nuwas untuk menghapuskan remaja beriman ini tetapi tetap tidak berjaya. Akhirnya remaja ini memberi tahu rahsianya kepada Tubba', wahai Tubba' Zu Nuwas, kalau kamu mahu membunuh aku juga hendaklah kamu mengumpulkan rakyat semua dan ikat aku di pokok kemudian ambil panahku ini dan panahlah aku dengan menyebut: dengan nama Allah Tuhan remaja ini. Kalau kamu laksanakan apa yang aku cakap ini baru kamu dapat membunuh aku. Bila Zu Nuwas melaksanakan seperti yang disebut oleh remaja beriman ini barulah Tubba' berjaya membunuh remaja beriman ini. Namun semua rakyat yang menyaksikan peristiwa ini berkata: bagaimana Zu Nuwas dengan kekuasaan dan kegagahannya tidak berjaya membunuh remaja ini melainkan dengan menyebut ; Dengan nama Allah Tuhan remaja ini. Dengan peristiwa itu Allah campakkan iman kedalam hati 20 ribu rakyat Yaman ketika itu, semua mereka beriman dengan agama Tauhid.

Tubba' Zu Nuwas yang terlalu marah dengan peristiwa itu akhirnya memerintahkan tenteranya menggali lubang yang besar dalam bahasa Al Quran disebut " Ukhdud " dan dipenuhkan kayu api didalamnya kemudian dinyalakan api yang besar. Sesiapa yang tidak mahu murtad dari agama tauhid akan dicampakkan kedalam api itu. Hal ini Allah ceritakan pada kita didalam Al Quran dalam surah Al Buruj

Terjemahannya:

Rasulullah SAW juga ada menceritakan dalam Hadis. Diantara kisah yang sangat menyentuh, dari kalangan ramai itu ada seorang ibu dengan bayinya yang masih menyusu. Siibu merasa takut dan teragak-agak kerana merasa kesian dengan bayinya yang masih kecil itu untuk dimasukkan kedalam api Tubba’. Ketika itu bayinya telah bercakap kepada ibunya:

Wahai ibu, jangan takut terjun saja kedalam api itu, ?

Kesemua 20 ribu itu dibunuh kerana mereka beriman dengan Allah yang esa. Mereka tak buat apa-apa kesalahan, mereka tidak menentang Raja tapi kerana mereka beriman, Tubba' bakar mereka semua. Dari semua itu ada seorang lelaki yang selamat namanya Daus bin Tsa'labah, dia berjaya melarikan diri dan pergi mengadu kepada Qaisar raja Rom yang juga beragama Nasrani. Menyalalah kemarahan Qaisar bila mendengar Zu Nuwas membakar orang-orang Nasrani di Yaman. Qaisar mengirim wakilnya kepada Najashi raja Habsyah raja Nasrani yang paling dekat dengan Yaman supaya menghantar tentera memerangi Tubba' raja Yaman itu. Najasyi yang juga sangat marah bila mendengar cerita Daus itu terus menyiapkan tentaranya seramai 70 ribu orang. Satu jumlah tentera yang sangat besar ketika itu yang belum pernah berlaku lagi di Jazirah Arab. Tentara ini diketuai oleh panglimanya yang bernama Aryath didalam barisan panglima tentera itu juga ada seorang paglima yang bernama Abrahah.

Bila berlaku peperangan antara tentera Aryath dan tentara Tubba’ Zu Nuwas, tentera Tubba’ telah kalah. Zu Nuwas melarikan diri dan masuk kedalam laut membunuh diri. Dengan itu orang Habsyah menguasai Yaman dan Najasyi melantik Aryath menjadi Gabenurnya di Yaman. Bila Aryath menjadi Gabenur dia mula menzalimi rakyat Yaman dan juga tentera-tenteranya sendiri. Akhirnya tenteranya yang tak tahan dengan sikap Aryath ini memberontak dibawah pimpinan Abrahah. Bertembunglah dua kumpulan dalam tentera Habsyah, satu yang menyokong Aryath satu lagi yang menyokong Abrahah. Abrahah yang tak mahu berlaku peperangan sesama tentera Habsyah mengajak Aryath bertarung satu lawan satu. Siapa menang dia memerintah Yaman. Dalam pertarungan itu Abrahah berjaya membuhuh Aryath tapi sebelum Aryath terbunuh dia sempat menebas hidung Abrahah. Maka serpihlah hidung Abrahah. Sebab itulah Abarahah ini digelar Abrahah Al Asyram, Abrahah yang serpih hidungnya. Dengan itu Abrahah memerintah Yaman.

Bila berita ini sampai pada Najashi, Najashi murka dengan Abrahah yang berani membunuh gabenur yang dilantik oleh Najashi. Najashi bersumpah akan memimpin sendiri tenteranya ke Yaman dan tak akan kembali ke Habsyah melainkan setelah dapat memijak-mijak tanah Yaman dan membotakkan kepala Abrahah sebagai satu tanda penghinaan kepada Abrahah. Abrahah ketakutan, dia tak berani melawan Najashi. Namun dengan kepintarannya dia menghantar utusannya mengadap Najashi dan dia hantar bersama utusan ini rambutnya dan tanah Yaman. Katanya kepada Najashi: Wahai Tuanku Najashi, ini Abrahah sudah menyempurnakan sumpah Tuanku. Ini rambut Abrahah dan ini tanah Yaman untuk Tuanku pijak-pijak. Abrahah tetap taat setia dan tunduk kepada Tuanku Najashi. Dengan itu Najashi tidak jadi memerangi Abrahah. Selesailah masalah Abrahah dengan Najashi.

5.Abarahah ingin meruntuhkan Kaabah

Abrahah masih belum puas hati, dia mahu pujuk Najashi lagi. Lalu dia membina sebuah gereja yang paling besar ketika itu di Yaman. Abrahah namakanya Al Qulais. Abarahah menghantar lapuran kepada Najashi bahawa dia telah membina sebuah gereja yang paling besar di Yaman dan dia akan memerintahkan semua kabilah Arab datang membuat haji di Yaman. Mulalah Abrahah menghantar utusannya kepada kabilah-kabilah Arab supaya mereka datang haji di Al Qulais. Bila berita ini sampai pada salah satu kabilah Arab yang paling membesarkan Kaabah iaitu Ahlun Nasi' أهل النسيئ . Ada salah seorang dari mereka datang senyap-senyap ke Al Qulais lalu dia buang air besar disitu dan disapunya kedinding Al Qulais.

Bila Abrahah tahu bahawa orang yang membuat angkara ini kepada Al Qulais adalah dari Ahlun Nasi' yang sangat membesarkan dan mencintai Kaabah. Abrahah naik berang lalu mempersiapkan tenteranya untuk meruntuhkan Kaabah. Dia membawa sekali gajahnya yang besar yang bernama Mahmud. Dalam perjalanan Abrahah menuju ke Kaabah ada beberapa kabilah Arab datang menyerang tentera Abrahah untuk menyekatnya dari meruntuhkan Kaabah. Namun semuanya dikalahkan dengan mudah oleh tentera Abrahah yang gagah dan lengkap dengan senjata itu. Bila Abrahah sampai ke Taif, orang Taif tak berani nak menyekat Abrahah. Sebaliknya mereka berlepas tangan dari Kaabah, bahkan mereka menghantar wakil mereka untuk menunjukkan jalan dan Kaabah kepada Abrahah. Nama wakil orang orang Taif ini Zu Rughal, Sebelum sampai ke Kaabah Zu Rughal mati, dia ditanam ditempat kematiannya. Setelah itu kuburnya jadi tempat orang Arab merejam sebagai penghinaan kepada orang yang khianat kepada kaumnya. Sampai hari ini nama Zu Rughal ini jadi perumpamaan kepada orang yang khianat dikalangan orang Arab. Orang yang khianat disebut Zu Rughal.

Jadi bila tentera Abrahah sampai dekat dengan Mekah, mereka merampas binatang-binatang ternakan orang-orang Mekah. Diantara yang mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah. Bila Abdul Mutalib masuk mengadap Abrahah, Abrahah turun duduk dibawah dengan Abdul Mutallib kerana menghormati Abdul Mutalib. Melihat perawakannya saja sudah jelas kehebatan dan ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah kembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang Mekah yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu, Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas kasihannya supaya jangan ganggu Kaabah. Kata Abdul Mutallib, Wahai Abrahah, aku ini tuan unta-unta ini sebab itulah aku minta dibebaskan unta-unta ini, Kaabah itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah menjaganya

Kaabah ada Tuhan yang menjaganya

Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang-orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.

Pada hari yang telah takdirkan oleh Allah Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasa Allah Rabbul Kaabah, gajah tidak mahu bergerak walaupun dipukul, bila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila dihalakan ke arah Kaabah gajah tak mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan awan hitam dilangit, bila kehitaman-hitam itu makin dekat rupanya sekumpulan burung-burung Ababil setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil. Bila tentera Abrahah tiba, burung-burung ini melepaskan batu-batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah, bila batu-batu kecil ini mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka berguguran dan menjadi cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah melihat hal itu dia lari menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badannya. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya semuanya mati tanpa kecuali. Allah telah menceritakan pada kita umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran.

Terjemahanya :

Maha Besar Tuhan, dengan peristiwa ini bertambah besarlah penghormatan orang-orang Arab kepada Kaabah terutama bangsa Quraish dan orang-orang Mekah yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepala mereka sendiri. Dengan itu tahun itu dinamakan Tahun Gajah. Bermula dengan kejadian ini orang Arab menyusun taqwim mereka dengan peristiwa ini. 5 tahun sebelum tahun gajah, 2 tahun selepas Tahun Gajah, dan seterusnya. Maka Rasulullah SAW Nabi Besar junjungan kita dilahirkan pada tahun ini. Iaitu pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.

6. Bagaimana Farsi pula bertapak di Yaman

Jadi selepas Abrahah dan tenteranya Allah musnahkan dengan tentera Ababil. Yaman terus diperintah oleh anak-anak Abrahah sampailah kezaman Masruq bin Abrahah. Ketika itu muncul salah seorang keturunan Tubba' raja Yaman sebelum Yaman dikuasai oleh orang orang Habsyah. Namanya Saif bin Abi Yazan. Dia ingin merampas kembali kerajaan Yaman dari orang-orang Habsyah. Dia minta pertolongan Qaisar raja rom. Qaisar enggan menolong sebab orang-orang Habsyah beragama Nasrani macam Qaisar juga. Saif minta tolong Raja Arab pula iaitu Raja Nukman bin Munzir, Raja kerajaan Kabilah Manazirah. Dia tak berani menentang Kerajaan Habsyah yang jauh lebih kuat daripadanya. Akhirnya Saif minta tolong Raja Farsi. Ringkasnya Raja Farsi telah menghantar banduan-banduan dari penjara bersama salah seorang panglimanya yang paling gagah memimpin pasukan ini ditambah dengan Saif bin Abi Yazan dan pengikut-pengikutnya. Mereka berjaya mengalahkan tentara Habsyah di Yaman dan Masruq bin Abrahah dibunuh oleh Panglima Farsi ini. Saif berjaya menghalau orang-orang Habsyah dari Yaman tapi masalah mereka tak selesai, Farsi pula memerintah mereka. Kisra melantik gabenurnya di Yaman, bermula dengan Mirzaban kemudian Taibujan dan akhirnya sampai ke Bazan. Ketika Rasulullah Saw ditabalkan menjadi Rasul dan mula berdakwah dan memperjuangkan Islam, ketika itu Yaman diperintah oleh Bazan. Bazan akhirnya masuk Islam selepas Rasulullah hijrah ke Madinah sebelum Futuh Mekah. Orang-orang Yaman masuk Islam dengan Islamnya Bazan dan Rasulullah Saw mengekalkannya sebagai Gabenor Yaman sampai dia mati.

7. Mekah kembali diperintah oleh Keturunan Nabi Ismail AS

Sebelum ini Mekah diperintah oleh Kabilah Jurhum setelah mereka berkongsi telaga Zam-zam dengan Siti Hajar. Selepas itu Nabi Ismail berkahwin dengan perempuan Jurhum, maka Mekah terus diperintah oleh zuriat Nabi Ismail sehinggalah datang Bani Khuzaa'h merampas Mekah dari keturunan Nabi Ismail dan Jurhum. Jurhum dihalau keluar dari Mekah. Bani Khuzaah yang dipimpin oleh A'mru bin Luhayy telah membawa agama syirik masuk ke Mekah dan akhirnya tersebar ke seluruh Jazirah Arab. Ada juga keturunan Nabi Ismail yang terus tinggal di Mekah tapi mereka tak punya kuasa dan tidak mendapat tempat lagi di Mekah. Namun keinginan mereka menguasai Mekah kembali tidak pernah padam walaupun Khuzaah telah meguasai Mekah selama 500 tahun sehingga datang Qusai bin Kilab. Qusai bin Kilab ini dari keturunan Nabi Ismail AS dari anak cucu Fihr yang digelar Quraish. Ketika itu Qusai merupakan salah seorang bangsawan Mekah. Allah telah memberi kekuatan dan kekayaan kepadanya.

Akhirnya dia berjaya mengahwini anak perempuan Hulail Ketua Mekah dan Ketua bani Khuza'ah ketika itu. Setelah Hulail mati, Qusai ingin mengembalikan Mekah kepada keturunan Nabi Ismail AS. Dengan itu dia mengistiharkan dirinya menjadi ketua Mekah. Berlaku peperangan antara Quraish yang diketuai oleh Qusai bin Kilab keturunan Nabi Ismail yang merupakan penduduk asal Mekah dan yang mewarisi telaga Zam-zam dari Nabi Ismail dengan Bani Khuzaa'h yang merasa mereka juga berhak ke atas Mekah kerana Mekah telah berada dalam tangan mereka lebih dari 500 tahun. Setelah berlaku peperangan yang tak berkesudahan itu, kedua-dua pihak bersetuju mencari hakim untuk menyelesaikan pertelingkahan. Mereka memilih salah seorang Hukamak dan orang bijaksana dikalangan Arab untuk menjadi Hakim dalam perebutan mereka. Kedua belah pihak akan bersetuju dengan apa saja yang diputuskan oleh Hakim ini. Nama hakim ini Ya'mur bin Auf. Mereka masing-masing bersumpah dan membawa saksi bahawa mereka akan menerima apa saja keputusan Hakim ini. Ya'mur memanggil kedua belah pihak dan meminta mereka membentangkan hujah masing-masing bahawa merekalah yang berhak keatas Mekah. Bagi Qusai, Mekah ini adalah kepunyaan datuk neneknya. Nabi Ismail adalah orang pertama mendiami Mekah. Zam-zam terbuka kerana Nabi Ismail. Nabi Ismail yang membina Kaabah. Khuza'ah walaupun dah memerintah lama tapi mereka adalah perampas kuasa. Sedangkan Khuza'ah ketika itu tak mempunyai hujjah yang konkrit. Ya'mur memutuskan bahawa segala-galanya dikembalikan kepada Qusai bin Kilab. Keistimewaan Siqayah, Rifadah, Hijabah, dan semuanya menjadi hak Qusai bin Kilab. Selepas itu Qusai ini memerintah Mekah dengan bijaksana dan adil. Kehidupan orang Mekah makin makmur dan orang makin sayang dengan Qusai. Qusai membina Darul Nadwah kepada orang-orang Mekah. Darul Nadwah menjadi pusat pemerintahan Mekah, tempat berbincang, tempat melaksanakan akad Nikah dan upacara-upacara sosial lain. Rasulullah Saw adalah dari zuriat Qusai bin Kilab ini.

Selepas kematian Qusai bin Kilab, kesemua kemuliaan Quraisy - Rifadah, Hijabah, Sidanah, siqayah, nadwah diwariskan kepada anak sulungnya Abdul Dar. Selepas kematian Abdul Dar perkara ini dibahagikan diantara anak-anak Qusai yang lain dan anak-anak Abdul Dar. Abdul Mutalib datuk Rasulullah Saw telah mewarisi Siqayah iaitu hak memberi minum kepada jemaah haji. Ketika itu Zam-zam sudah tidak ada lagi, sudah hilang sejak Mekah dirampas oleh Bani Khuzaa'h, sejak Amru bin Lahayy membawa masuk agama syirik ke Mekah. Allah selamatkan zam-zam dari kedurjanaan mereka. Abdul Mutalib mengambil air dari luar Mekah untuk jemaah haji. Orang Quraish ini kerana pemurah mereka, mereka juga mencampurkan kedalam air yang disediakan itu, susu dan madu. Begitulah pemurahnya datuk nenek Rasulullah secara khusus dan bangsa Arab secara amnya ketika itu.

8.Sejarah Abdul Mutalib menggali Zam-zam

Dari kalangan anak Qusai bin Kilab juga Abdul Manaf, diantara anak-anak Abdul Manaf, Mutallib dan Hasyim, diantara anak-anak Hasyim, Syaibah. Syaibah ini anak Hasyim dari isterinya yang bernama Umu Hasyim, seorang wanita bangsawan dikalangan kaumnya yang tinggal di luar Mekah, Hasyim tidak panjang umurnya, waktu Syaibah masih kecil lagi dia sudah meninggal dunia. Syaibah dibesarkan oleh ibunya di kabilah ibunya diluar Mekah. Bila Syaibah sudah remaja, bapa saudaranya Mutalib ingin mengambil Syaibah untuk dibawa ke Mekah. Ibunya tidak setuju tapi Mutalib berkeras, Syaibah ini dari keturunan Qusai bin Kilab, dia adalah pemuka Quraisy, dia tidak sepatutnya dia tinggal di luar Mekah. Lagipun dia sudah cukup umur sekarang. Akhirnya siibu minta agar dibuat pilihan kepada Syaibah sendiri, samada dia nak tinggal dengan ibunya atau nak mengikut bapa saudaranya ke Mekah. Syaibah memilih untuk bersama bapa saudaranya Mutalib dan tinggal dengannya di Mekah. Jadi Syaibah ikutlah Mutalib kembali ke Mekah. Mutalib membawa Syaibah naik satu kenderaan dengannya. Syaibah membonceng di belakang Mutalib. Bila sampai ke Mekah, orang ramai melihat Mutalib bawa seorang budak remaja dibelakangnya. Masyarakat yang terbiasa dengan jual beli hamba pada waktu itu menyangka Mutalib membeli hamba baru. Dari situlah Syaibah ini digelar oleh Quraish Abdul Mutalib yang bermaksud hamba Mutalib. Akhirnya nama inilah yang masyhur. Inilah dia Abdul Mutalib datuk Rasulullah Saw. Nama sebenarnya ialah Syaibah.

Abdul Muatalib ini bila berkahwin dikurniakan anak sulung lelaki namanya Harist. Bila Harist ini dah agak dewasa, Abdul Mutalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak Ulamak sejarah yang besar meriwayatkan dari Sadina Ali mimipi ini, bahwa ada orang datang menyeru Abdul Mutalib dan menyuruhnya menggali At Thibah, Abdul Mutalib tanya pada suara itu apakah Thibah itu? Tapi suara itu dah hilang. Malam kedua mimpi lagi, datang lagi suara itu menyuruhnya menggali Barrah, Apa barrah itu? Tapi suara itu dah hilang. Abdul Mutalib sudah dapat merasakan ada sesuatu yang penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sebelum ini. Malam ketiga mimpi lagi, kata suara dalam mimpi itu : gali Madhmunah, apa itu Madhmunah tanya Abdul Mutalib, tapi suara itu dah hilang lagi. Makin Abdul Mutalib merasa ada sesuatu yang besar melalui mimpi tiga malam berturut-turut ini. Malam keempat datang lagi suara itu sambil berkata, galilah Zam-zam. Dimanakah Zam-zam itu? Kali ini suara itu menjawab.

Dia tak akan kering selama-lamanya dan tak akan berkurang , dia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah yang maha Agung, dia berada diantara perut dan darah, disisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, disisi rumah semut


Maka yakinlah hati Abdul Mutalib bahawa dia diperintahkan untuk menggali Zam-zam, Zam-zam memang tak asing bagi masyarakat Mekah ketika itu apalagi bagi Abdul Mutalib ketua Mekah ketika itu. Namun mereka tidak tahu dimana terkambus Zam-zam itu. Tidak masuk akal pula nak menggali sekeliling Kabah untuk mencari zam-zam itu.

Besoknya Abdul Muatlib mengajak anaknya Harist untuk membantunya menggali Zam-zam dan untuk mempertahankannya kalau pemuka Quraish yang lain menghalangnya. Mulalah Abdul Mutalib mencari-cari tanda-tanda yang telah diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Namun tak ada satu pun tanda yang disebut itu disekitar Kaabah. Tiba-tiba dalam Abdul Mutalib mencari-cari itu, satu rombongan Arab kesitu untuk menyembelih lembu mereka dekat dengan berhala Esaf. Esaf dan Nailah yang ceritanya sudah kita ceritakan sebelum ini. Dari penyembelihan ini berlaku tumpah darah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih itu pula, tiba-tiba bangun semula dalam keadaan darah menghambur-hambur darinya berlari dan jatuh semula disatu tempat lain. Jadi rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka disitu, dikeluarkan perutnya dan dilapah disitu.

Maha Besar Tuhan, Maha Mengetahui Tuhan, jadi tahulah Abdul Mutalib, diantara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan tempat dia jatuh semula itulah, kawasan untuk dia menggali Zam-zam. Tapi kawasannya besar, bagaimana dia nak gali semua kawasan itu. Dia mencari lagi tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya dia menjumpai kawasan semut atau kampung semut. Tapi kawasannya masih tetap besar tapi lebih kecil dari kawasan pertama tadi. Dalam masa Abdul Mutalib berfikir-fikir itu, tiba-tiba datang seekor gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Inilah yang mereka namakan. Gagak itu pula mematuk-matuk ketanah dekat dengan kampung semut tadi. Sekarang tahulah Abdul Mutalib, itulah dia kawasan yang diisyaratkan kepadanya dalam mimpi.

Maha Besar Tuhan, Allah yang boleh mengajar dan memberitahu hamba-hambanya dengan berbagai cara. Allahlah yang memberitahu alamat-alamat itu dan Allahlah yang mempersiapkan alamat-alamat itu walaupun ketika Abdul Mutalib datang pada awal tadi, belum ada satupun lagi tanda-tanda itu. Inilah kuasa dan ilmu Allah yang tiada batasnya.

Tempat yang diisyaratkan itu terletak diantara Esaf dan Nailah. Bila Abdul Mutalib mula menggali, gemparlah Quraish. Apa yang kamu gali wahai Abdul Mutalib, mana boleh kamu menggali disini, ditepi Kaabah pula. Ketika itu Abdul Mutalib memerintahkan Harist anaknya untuk menghadapi Quraish, sementara dia sendiri terus menggali tanpa berhenti dan tanpa menghirau kekecohan orang-orang Quraish itu. Dalam kecoh-kecoh itu Abdul Mutalib dah sampai kepada batu penutup telaga. Ketika itu Abdul Mutalib menjerit Maha Besar Tuhan Maha Besar Tuhan. Dengan itu tahulah Quraish, Abdul Mutalib sudah menjumpai apa yang dia cari. Mereka tanya lagi, apa yang kamu gali wahai Abdul mutalib? kali ini barulah Abdul Mutalib menjawab. Aku menggali Zam-zam. Abdul Mutalib terus menggali hinggalah dia bertemu dengan Zam-zam.

Ketika itu Quraisy mula tamak, mereka juga nak berkongsi telaga Zam-zam itu dengan Abdul Mutalib. Mereka minta Abdul Mutalib menjadikan Zam-zam itu hak bersama. Masing-masing tamak untuk berkongsi dengan Abdul Mutalib telaga Zam-zam ini, ini satu kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Mutalib tidak setuju, dia yang menemuiya semula dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang bila dah jumpa telaga Zam-zam mereka nak minta berkongsi dengan Abdul Mutalib menguruskan telaga ini. Abdul Mutalib tidak setuju namun Quraish tetap berkeras. Perselisihan ini hampir menyebabkan perang antara mereka dan Bani Abdul Mutalib. Akhirnya mereka semua bersetuju untuk mencari Hakim untuk memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju untuk mengambil Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat ketika itu. Pendeta ini dari Bani Saad yang berada di Yathrib. Mereka bergerak ke Yathrib, sampai disana, rupanya kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka mengejarnya ke Khaibar pula. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat ketika itu. Ditengah jalan Abdul Mutalib dan orang-orangnya kehabisan air, mereka minta air pada Quraish yang lain tapi air mereka juga tinggal sedikit untuk mereka pun tak cukup. Ditengah-tengah padang pasir yang tak bertepi itu kehabisan air, tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Ketika itu orang-orang Abdul Mutalib putus harapan untuk mendapat air setelah puas mencarinya tapi tidak mendapatkannya. Akhirnya mereka tanya apa pandangan Abdul Mutalib. Kata Abdul Mutalib, sekarang kita masing-masing gali kubur masing-masing. Daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang saja yang tak ditanam iaitu yang paling akhir mati. Bila dah siap kubur, masing-masing menunggu saat kematian. Namun akhirnya datang fikiran kepada Abu Talib untuk berusaha lagi mencari air. Abdul Muatalib ajak semua orang-orangnya mencari lagi air, ketika sibuk-sibuk itu, unta Abdul Mutalib sambil bangun dari duduknya terhentak kakinya ketanah. Maka dengan kuasa Allah keluar air dari situ. Semua mereka dapat minum dan masih ada lebihan air lagi. Abdul Mutalib memanggil orang-orang Quraish juga untuk ambil air dari situ. Melihat kejadian yang pelik itu kesemua mereka berkata kepada Abdul Mutalib : Yang memberi kamu minum air ditengah tengah padang pasir ini dialah yang memberikan Zam-zam pada kamu. Jadi Zam-zam kepunyaan kamu. Mereka tahu, ini tanda Allah ingin memberitahu mereka bahawa Zam-zam untuk Abdul Mutalib. Dengan itu -Siqayah- memberi minum kepada jemaah haji dan Zam-zam adalah kepunyaan Abdul Mutalib dan keturunannya.

9.Abdul Mutalib melaksanakan nazarnya menyembelih salah seorang anaknya

Abdul Mutalib ini, Allah rezekikan dengan 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Antara anak lelakinya Saidina Abbas dan Saidina Hamzah yang masuk Islam dikalangan anak-anak Abdul Mutalib, kemudian Abu Talib, nama sebenarnya Abdul Manaf, Abu Lahab, nama sebenarnya Abdul U'zza. Mereka berdua ini sempat bertemu dengan Islam tapi tidak masuk Islam. Yang mati sebelum Islam, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw, Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harist. Anak-anak perempuannya pula, Sofiyah, Umu Hakem, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.

Abdul Mutalib ini ketika menggali Zam-zam, ketika Quraish menghalangnya, ketika itu hanya ada seorang anak lelaki iaitu Harist yang mempertahankannya. Dia merasa lemah dan kurang tidak seperti orang lain yang banyak anak-anak lelaki. Bahkan ketika itu ada yang berkata kepadanya, wahai Abdul Mutalib apakah kamu berani menyanggah kami sedangkan kamu sendiri tidak punya anak-anak lelaki yang boleh mempertahankan kamu. Selepas Quraish mengakui Zam-zam kepunyaannya, dia bernazar kalau Allah kurniakan 10 orang anak lelaki kepadanya dia akan korbankan salah seorang dari mereka. Allah kabulkan doanya, Abdul Mutalib mendapat 10 orang anak lelaki. Yang kesepuluh, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw. Bila Abdullah dah dewasa, Abdullah inilah anak yang paling disayangainya. Abdul Mutalib bila tawaf di Kaabah ketika itu, diikuti dibelakangnya sepuluh orang anak-anak lelakinya yang gagah-gagah. Dia bersyukur kepada Allah dan sampailah masanya untuk dia menunaikan nazarnya. Abdul Mutalib pergi jumpa -Kahin - pendeta Kaabah meminta Kahin membuat undian kepada anak-anaknya siapa yang akan jadi korban. Dalam hati Abdul Mutalib, janganlah terkena pada Abdullah, yang lain siapa pun tak apa. Tapi undi kena kepada Abdullah. Walaupun dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Mutalib nekad untuk melaksanakan nazarnya. Orang sepertinya tak mungkin mungkir dengan nazarnya. Akhirnya dibawalah Abdullah dekat dengan Esaf untuk disembelih disitu. Bila Quraish nampak hal itu, Quraish menahannya. Abdul Mutallib berkeras juga, kecohlah disitu. Dalam kekecohan itu, tolak-menolak antara Abdul Mutalib dan Quraish terluka kepala Abdullah. Sebab itulah Abdullah ini terkenal dengan gelaran Al Asyajj iaitu yang berparut dikepala. Quraish terus memujuk Abdul Mutalib : Wahai Abdul Mutalib, engkau ketua Mekah, kalau engkau sembelih juga anak engkau, nanti hal ini akan jadi sunnah, jadi teradisi kepada Arab, siapa yang dapat sepuluh orang anak lelaki kena sembelih salah seorang darinya. Inikan hal yang berat dan menghilangkan kebahagiaan. Kalau masing-masing sembelih anak lelaki sendiri, dimana kebahagiaan lagi. Tolong jangan buat wahai Abdul Mutalib, nanti jadi sunnah. Tapi Abdul Mutalib dah nazar dan dia mesti tunaikan nazarnya. Akhirnya dirujuk hal ini kepada pendeta Bani Saad. Pendeta ini tanya berapa diat (ganti rugi kepada orang yang dibunuh) seorang lelaki yang merdeka pada Quraish. Kata mereka 10 ekor unta betina. Kata pendeta kalau begitu buat undian antara Abdullah dan 10 ekor unta. Kalau undian kena pada Abdullah tambah lagi 10 ekor unta sampailah undian kena pada unta. Bila buat undian kena pada Abdullah, tambah sepuluh ekor unta lagi, undi lagi, kena lagi pada Abdullah, tambah unta lagi, begitulah sampai 100 ekor unta baru undi kena pada unta. Ketika itu Abdul Mutalib minta diulang lagi undian untuk memastikan bahawa memang undian kena pada unta, tiga kali diulang undian kena pada unta. Maka Abdul Muatlib menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangan Abdullah ayahanda Rasulullah Saw. Sebab itulah Rasulullah ada menyebut :

Aku ini anak kepada dua orang yang nak disembelih

Yang pertama Nabi Ismail AS dan yang kedua Abdullah ayahanda Baginda. Oleh kerana pada kedua-duanya ini akan berlaku Jadual Allah, maka Allah selamatkan kedua-duanya dari disembelih.

Begitulah nasab Rasulullah ialah nasab yang paling mulia. Rasulullah dari bangsa Arab bangsa yang Allah pilih untuk menegakkan Islam dan Allah pilih Rasulullah dari bangsa ini dan Allah pilih bahasa Arab sebagai bahasa Al Quran. Rasulullah datang dari kabilah yang paling mulia dalam bangsa Arab. Imam Tarmizi ada meriwayatkan satu Hadis.

Bahawa pernah Rasululah Saw naik keatas mimbar dan bertanya siapakah aku, kata para sahbat, kamu Rasulullah keatas kamu sesejahteraan. Kata Rasulullah Aku Muhammd bin Abdullah bin Abdul Muatalib. Sesungguhnya Allah menjadikan makhluknya dan menjadikan mereka dua kumpulan dan Allah jadikan aku dari kumpulan yang terbaik. Kemudian Allah menjadikan mereka berbagai kabilah kemudian Allah melahirkan aku dari kabilah yang paling baik kemudian Allah menjadikan mereka rumah-rumah dan Allah menjadikan aku dari rumah yang paling baik dan manusia yang paling baik.

10.Kelahiran Rasulullah Saw
Bilamana sampai saat Abdullah nak dikahwinkan, Abdul Mutalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab. Siti Aminah juga dari keturunan Bani Abdul Manaf. Bertemulah keturunan ayah dan ibu Rasulullah pada anak-anak Qusai bin Kilab. Kesemua mereka dari keturunan Nabi Ismail As. Demikianlah, dari sudut nasab pun Rasulullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan. Keluarga Siti Aminah ini tinggal di Yathrib iaitu Madinah. Abdul Mutalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan disana dengan Siti Aminah. Selepas itu mereka pulang ke Mekah, ketika itu Siti Aminah sudah mengandung, Dalam perjalanan ke Mekah ayahanda Rasulullah kembali kerahmatullah lalu Rasulullah dilahirkan sebagai seorang anak yatim.

Sebelum Siti Aminah melahirkan Rasulullah, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, aku berlindung kepada Allah Tuhan yang Esa dengan anak ini dari semua orang yang dengki. Kelahiran agung ini pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah, mengikut ulamak sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera bergajah.

Banyak perkara-perkara yang pelik berlaku ketika kelahiran Rasululah Saw. Inilah berita-berita gembira dan tanda-tanda kebesaran Rasulullah berlaku ketika Rasulullah dilahirkan.Saidina Hasan bin Tsabit penyair Rasulullah Saw menceritakan tentang salah satu darinya, katanya : waktu kelahiran Rasulullah Saw itu dia di Madinah umurnya dah tujuh tahun. Kata Saidina Hasan, pada hari itu aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Ketika itu seorang ulamak Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, bintang Ahmad telah muncul di langit, bintang ini hanya muncul bila Rasulullah dilahirkan. Saidina Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu. Satu pengakuan dari Yahudi. Siti Aminah bonda Rasulullah, ketika mengandungkan Rasulullah tidak merasa penat dan sakit pun. Diantara yang diceritakan dalam sejarah lagi. Rasulullah ketika dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Bila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, Abdul Mutalib terlalu gembira apa lagi bila mendengar cerita-cerita tadi, bertambah gembira lagi Abdul Mutalib. Ketika itu Abdul Mutalib sudah menyebut bahawa anak ini akan mempunyai satu masa depan yang besar. Kerana terlalu gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah.

Adapun tentang nama Muhammad, Abdul Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang rakannya. Mereka bertemu dengan ulamak Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad. Selepas itu keempat-empat orang ini bila pulang, masing masing berazam untuk menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki dari anak kesayangannya Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Di antara perkara yang pelik lagi, ketika kelahiran Rasulullah Saw, bergegar Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi. Kerajaan yang paling besar ketika itu. Dengan gegaran itu runtuh 14 anjung istana itu dan terpadam api yang telah disembah oleh Majusi beribu tahun dan tak pernah padam. Api itu terpadam pada hari kelahiran Rasulullah Saw. Kerana gegaran itu juga tertimbus satu tasik yang bernama Tasik Sawah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu. Kisra, raja Farsi bila melihat kejadian-kejadian pelik ini menjadi sangat takut. Lalu dia panggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang boleh berhubung dengan jin. Jin-jin pula, sebelum kelahiran Rasulullah Saw boleh naik kelangit dan mendengar berita dilangit apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka. Firman Allah :

Terjemahannya :
Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barangsiapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah (kilat).

Jadi ada di antara pendeta ini yang menyebutkan pada Kisra, bahawa peristiwa ini disebabkan oleh kelahiran seorang Nabi. Kisra tanya apa maksud 14 anjung istana Kisra runtuh, kata mereka ; kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang Kisra lagi dan selepas itu kerajaan Farsi akan jatuh. Kata Kisra : 14 orang Kisra lagi, ini satu tempoh yang panjang, lambat lagi, tak perlu risau sangat. Selepas kematian Kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa, dalam masa empat tahun saja 10 orang Kisra telah memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar ketika itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah diantara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Rasulullah Saw.

11. Rasulullah menjadi anak susu Halimah Saadiah

Rasulullah pernah juga menyusu dari Suwaibah seorang jariah yang telah dibebaskan oleh Abu Lahab. Saidina Hamzah menjadi saudara susu Rasulullah kerana sama-sama menyusu dengan Suwaibah. Setelah itu Rasulullah dihantar ke Bani Saad kerana sudah menjadi tradisi Arab Quraisy, anak-anak kecil mereka tidak dibesarkan di Mekah kerana beberapa sebab antaranya : supaya mereka dapat bahasa Arab yang tulen, biasa dengan kesusahan, tahan lasak, dan hidup dalam udara padang pasir yang sihat. Semua ini sukar di dapati di Mekah kerana Mekah didatangi dengan berbagai orang. Masing-masing membawa bahasa dan cara masing-masing bahkan ada yang membawa wabak dan penyakit.

Biasanya mereka menghantar anak-anak mereka menyusu dengan kabilah- kabilah badawi dari luar Mekah. Orang-orang badawi pula menjadikan hal ini sumber untuk mereka mendapat mata pencarian. Walaupun begitu mereka tidak menetapkan upah, hanya mereka menerima hadiah sagu hati setelah selesai nanti. Bagi mereka perempuan yang menetapkan upah dari susunya dianggap satu perkara yang Aib.

Ketika itu, Ibu-ibu susu dari Bani Saad datang ke Mekah, diantara mereka ialah Halimah binti Saadiah dan suaminya Harist untuk mencari anak-anak susu. Halimah dan keluarganya ketika itu sangat miskin, mereka ada seorang anak yang masih menyusu, jadi mereka nak cari seorang anak dari Quraisy untuk menyusu bersama dengan anak mereka. Kerana terlalu miskin dan kurang makan Halimah ini dah hampir tak ada susu, untuk anaknya sorang pun tak cukup. Tapi ini juga satu mata pencarian mereka. Jadi Halimah datang juga dengan ibu-ibu susu yang lain. Masa datang dari bani Saad, Halimah naik Himar, Himar dia pun dah teruk sangat, tak larat nak berjalan, selalu saja melambatkan rombongan itu. Sampai di Mekah, masing-masing mencari anak susu. Bonda Rasulullah Siti Aminah menawarkan pada Halimah anakandanya Baginda Rasulullah Saw. Bila Halimah tahu dia anak yatim, Halimah pada mulanya menolak, ibu-ibu yang lain juga tak ada yang mahu. Tapi Halimah tidak berjaya sampai akhirnya mendapatkan anak susu lain. Sampai masa rombongan nak berangkat pulang, Halimah belum dapat lagi. Ketika itu Halimah minta izin dari suaminya untuk mengambil Rasulullah Saw sebagai anak susunya, moga-moga kita mendapat keberkatan dari anak yatim ini. Begitulah Halimah memujuk suaminya. Akhirnya suaminya setuju dan mereka datang mengambil Rasulullah dari bondanya Siti Aminah.

Dengan itu bermulalah keberkatan demi keberkatan berlaku dalam hidup keluarga Halimah ini. Barakah yang pertama sekali, himarnya yang tak larat nak berjalan waktu datang dulu kini jadi himar yang paling pantas, sentiasa dia berada di depan kafilah ini. Seluruh rombongan itu terkejut melihat himar Halimatus Saadiah. Begitulah, Himar Halimah pun dapat tempias keberkatan Rasulullah Saw. Kekasih Allah dan orang yang menguasai zaman ketika itu. Barakah kedua, susu Halimah yang hampir kering tadi menjadi semakin banyak, cukup untuk anaknya dan cukup untuk Rasulullah sampai kenyang. Sampai di Bani Saad, unta ternakan Halimah yang sudah tua menjadi sihat dan menghasilkan susu pula. Ajaib barakah Rasulullah. Kambing-kambing Halimah pun menjadi sihat-sihat dan gemuk serta membiak dengan cepat. Yang peliknya ini tak berlaku kepada binatang- binatang ternakan orang lain. Jadi mereka ini melihat, dimana Halimah menternak binatang-binatangnya mereka juga ikut Halimah menernak binatang ternakan mereka disitu. Namun kambing mereka tak menjadi seperti kambing Halimatus Saadiah. Mereka tak ada barakah Rasulullah Saw yang ada pada Halimah.

Begitulah kehidupan Halimah menjadi semakin baik. Bila Rasulullah berumur dua tahun, Halimah mendapati proses pembesaran Rasululah berbeza dari kanak-kanak lain. Sewaktu berumur dua tahun kematangannya macam kanak-kanak yang berumur enam tahun. Ketika itu Rasulullah Saw sudah fasih bercakap. Selepas dua tahun sampailah masanya untuk Halimah menyerahkan kembali Rasulullah kepada ibu kandungnya Siti Aminah. Begitulah adat yang biasa berlaku dalam masyarakat ketika itu. Siti Aminah juga sudah rindu dengan anaknya. Namun selepas itu, Halimah pula yang minta kepada Siti Aminah untuk membawa balik semula Rasulullah ke Bani Saad. Akhirnya Siti Aminah setuju, jadi Rasulullah dibawa pulang semula ke Bani Saad.

Beberapa bulan selepas itu, ketika Rasululah sedang bermain-main dengan anak-anak yang lain. Imam Muslim menceritakan dalam hadisnya, datang dua orang malaikat mengambil Rasulullah, dibaringkan dan dibelah dada baginda Rasulullah. Kemudian dikeluarkan hatinya dan dibasuh dengan air zam-zam serta dibuang tempat syaitan dari hati Rasulullah Saw. Kemudian hati Rasululah dipenuhkan dengan hikmah.. Saudara susunya yang ketakutan melihat hal itu melapurkan kepada Halimah bahawa ada dua orang berpakaian putih sedang menyakiti Rasulullah. Halimah berkejar ketempat Rasululah bermain dan didapatinya Rasulullah ketika itu dalam keadaan ketakutan manakala kesan pembedahan masih ada di dada baginda. Kata Saidina Anas bin Malik yang merawikan Hadis ini, aku pernah melihat kesan jahitan didada Rasulullah. Inilah salah satu mukjizat Rasulullah. Halimah ketakutan dengan kejadian itu. Dia takut berlaku sesuatu yang tak baik kepada Rsulullah Saw. Justeru itu dia mahu memulangkan semula Rasulullah kepada Siti Aminah. Halimah takut Rasulullah diganggu oleh jin.

Siti Aminah merasa pelik, baru saja Halimah beriya-riya memujuknya untuk membawa Rasulullah pulang ke Bani Saad. Tiba-tiba Halimah datang menyerahkan Rasulullah semula. Tentu ada sesuatu yang berlaku. Setelah didesak oleh Siti Aminah barulah Halimah menceritakan apa yang berlaku kepada Rasulullah. Siti Aminah tanya mereka: apakah kamu takut Rasulullah diganggu oleh jin sambil Siti Aminah memberitahu mereka, jangan takut, tidak akan berlaku sesuatu yang tak baik pada diri Rasulullah. Cerita Siti Aminah lagi, di saat-saat sebelum aku melahirkan Rasulullah aku bermimpi ada seorang datang menyuruh aku berdoa :


Aku berlindung dengan Allah yang esa keatas anak ini dari kejahatan semua orang yang hasad dengki

Siti Aminah menyambung, aku yakin tak akan berlaku perkara buruk padanya. Setelah menenangkan Halimah, Siti Aminah meminta Halimah membawa semula Rasulullah pulang bersamanya ke Bani Saad.

12.Rasululah dipelihara oleh Abdul Mutalib dan Abu Talib

Ketika Rasulullah Saw berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah kembali kerahmatullah. Begitulah percaturan Allah kepada kekasihnya Rasulullah, ditakdirkan Rasulullah hidup yatim piatu kerana hikmah-hikmah yang Allah mahukan pada diri Rasulullah Saw. Rasulullah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib ketua Mekah. Walaupun Abdul Mutalib ketua Mekah tapi dia hidup miskin kerana hartanya dihabiskan untuk memberi khidmat dan melayan tetamu-tetamu Baitullah. Begitulah secara umum kehidupan orang-orang bangsawan Arab yang pemurah. Harta mereka dihabiskan untuk masyarakat dan mereka hidup miskin. Begitulah keadaan Bani Abdul Mutalib kerana mereka bertanggung-jawab melayan tetamu-tetamu Kaabah.

Tentu besar hikmahnya, Allah takdirkan Rasulullah hidup yatim piatu dan miskin. Rasulullah dari kecil belajar kehidupan fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak. Bahkan Rasulullah tahu benar bagaiman kehidupan fakir miskin. Begitulah Allah mempersiapkan Rasulullah untuk memimpin Ummah. Rasulullah dipelihara oleh datuknya juga mempunyai hikmah besar. Setelah Rasulullah dipersiapkan oleh Allah untuk mengalami hidup susah dan miskin dan bergaul dengan orang miskin, melalui Abdul Mutalib ini Allah mahu mendidik Rasulullah berhadapan dengan pembesar-pembesar dan pemimpin masyarakat pula. Rasulullah sentiasa menemani datuknya Abdul Mutalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun Rasulullah ikut menghadiri semua majlis-majlis Abdul Mutalib yang sentiasa menerima kunjungan-kunjungan dari semua pembesar Arab. Setelah Rasulullah berumur 8 tahun, Abdul Mutalib pula meninggal dunia. Rasulullah dibela pula oleh bapa saudaranya Abu Talib yang juga ketua Mekah, menggantikan ayahnya Abdul Mutalib. Abu Talib ini lebih miskin dari Abdul Mutalib. Anak-anaknya semua terpaksa membantu kerja-kerja Abu Talib. Jadi Rasulullah juga mula bekerja dengan sepupu-sepupunya membantu meringankan tanggungan Abu Talib. Rasulullah menjaga kambing. Justeru itu Rasululah selalu di padang pasir, di luar dari kesibukan Mekah. Kadang-kadang berhari-hari Rasulullah tidak balik ke Mekah. Hidup di padang pasir jauh dari kesibukan orang ramai sambil menternak kambing juga merupakan proses yang Allah buat kepada Rasulullah. Rasulullah belajar mengasihi banatang-binatang ternakannya. Begitulah peribadi Rasulullah, sangat mengasihi umatnya. Kasih sayang Rasulullah berlaku kepada seluruh Alam. Dengan ini juga Rasulullah mula hidup berdikari, hidup diatas hasil usaha tangannya sendiri. Lama tempoh Rasulullah mengembala kambing. Dari baginda berumur lapan tahun sehingglah baginda berumur 21 tahun. Dalam Hadis ada disebutkan :

Tidak ada Nabi, melainkan semuanya pernah mengembala kambing

Jadi mengembala kambing ini kerja para Nabi-Nabi, apa hikmahnya? Para ulamak cuba mencungkil hikmah-hikmahnya. Kata mereka : Orang yang mengembala kambing selalu berada dipadang pasir. Ini menyebabkan dia selalu bersendirian. Selalu Khalwah. Orang yang selalu bersendirian ini akan banyak berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan pada langit, matahari, bulan, bintang, awan dan alam sekelilingnya. Begitu juga selalu dapat merenung kedalam diri dan bermuhasabah. Semua hal ini menjadikan jiwanya bersih jernih. Tapi bagi orang yang hidup dibandar yang sibuk, kehidupan yang sibuk itu tidak memberi ruang kepadanya untuk berfikir, meneliti dan mengkaji apa lagi untuk selalu muhasabah diri.

13.Rasulullah ikut Abu Talib keluar berniaga ke Syam

Dalam masa yang sama, Abu Talib pula sibuk berniaga. Ketika Rasulullah berumur 12 tahun. Abu Talib nak keluar berniaga ke Syam. Rasulullah minta nak ikut Abu Talib. Akhirnya Abu Talib membawa Rasulullah sekali. Inilah kali pertama Rasulullah dapat bermusafir panjang keluar dari Mekah. Sebelum sampai ke Syam, kafilah perniagan ini berenti rehat dekat dengan rumah Ibadat Nasani. Ketika itu Buhaira ketua rahib dirumah Ibadat Nasrani ini memerhati dari jauh kafilah yang baru berhenti ini. Dia pelik melihat awan mengiringi perjalanan kafilah ini. Tentu ada yang luar biasa pada kafilah ini. Buhaira yang nak tahu apa rahsianya, memerintahkan kepada orang-orangnya supaya menyiapkan makanan yang banyak. Buhaira buat jamuan kenduri. Kemudian dia hantar wakil menjemput semua anggota kafilah ini makan ditempatnya. Dia juga meminta semua yang ada dalam rombongan ini datang, jangan ada sorang pun yang tinggal. Semua orang pergi kecuali Rasulullah Saw sebab Rasulullah yang paling muda dalam rombongan itu. Rasulullah ditinggalkan untuk menjaga barang-barang mereka.
Buhaira meneliti satu persatu tetamunya yang datang. Namun tapi tak ada seorang pun yang istimewa baginya. Terus dia bertanya rombongan ini, apakah kamu semua datang. Kata mereka semua datang. Akhirnya baru mereka teringat ada seorang anak muda iaitu Rasulullah ditinggalkan untuk jaga barang-barang. Buhaira minta dipanggil juga anak muda yang ditinggalkan itu. Memang benar, bila Buhaira nampak saja Rasulullah, dia merasai satu perkara yang luar biasa pada diri Rasulullah. Akhirnya dia mencari peluang berbual dengan Rasulullah. Dia bertanya pada Rasulullah sambil bersumpah dengan Latta dan Uzza kerana begitulah kebiasaan orang Arab ketika itu. walaupun Buhaira sendiri tidak beriman dengan Latta dan Uzza. Kata Buhaira : Demi Latta dan Uzza, aku ingin bertanya kepada kamu. Jawab Rasulullah, minta maaf pendeta, kamu jangan tanya aku dengan nama Latta dan Uzza, demi Allah tidak ada yang paling aku lebih benci dari Latta dan Uzza.

Begitulah Allah memelihara Rasulullah, Rasulullah tidak pernah menyembah atau sujud kepada berhala sejak kecil lagi walaupun itulah suasana kehidupan keluarga dan kaumnya ketika itu. Kata Buhaira, kalau begitu aku tanya kamu dengan nama Allah. Jawab Rasulullah, Ya tanyalah aku dengan nama Allah. Banyaklah soalan-soalan yang ditanya oleh Buhaira. Kesemuanya membenarkan apa yang disangka-sangka oleh Buhaira. Akhir sekali Buhaira minta nak tengok belakang Rasulullah. Sahlah sangkaannya, Buhaira dapat melihat Khatamun Nubuwwah yang ada dibelikat Rasulullah. Buhaira seterusnya bertanya pada Abu Talib, apa ikatan kamu dengan anak ini? Kata Abu Thalib, ini anak saya. Kata Buhaira; tidak sepatutnya ayahnya masih hidup. Kata Abu Talib, ya benar ayahnya sudah meninggal, ini anak saudaraku. Ketika itulah Buhaira menasihatkan Abu Thalib supaya membawa Rasulullah pulang ke Mekah. Kalau dibawa ke Syam, orang-orang Yahudi akan melihat Rasulullah dan mereka akan mengenalinya dan ketika itu mereka akan membunuhnya. Di atas nasihat Buhaira Abu Thalib mengupah orang menghantar Rasulullah pulang ke Mekah sementara dia terus ke Syam menguruskan perniagaannya.

14.Pemeliharaan Allah kepada Rasulullah

Begitulah pemeliharaan Allah kepada Nabinya. Allah pelihara Rasulullah dari menyembah berhala dan dari angkara orang-orang Yahudi bahkan Rasulullah juga dipelihara dari terlibat dengan kebiasaan-kebiasaan masyarakat Quraish yang boleh mencacatkan maqam seorang Nabi dan Rasul penutup segala Rasul. Diantaranya Rasulullah terhindar dari majlis-majlis nyanyian dan majlis-majlis tarian. Pernah juga Rasulullah teringin nak mengikutinya tapi Allah tidurkan Rasulullah sebaik saja baginda duduk dalam majlis itu. Pernah satu ketika, semasa Rasulullah mengembala kambing diluar Mekah. Rasulullah terdengar suara majlis kenduri kendara. Jadi Rasulullah minta tolong kawannya tolong jaga kambing-kambingnya kerana Rasulullah nak menghadiri majlis itu. Pada malam itu, bila Rasulullah sampai saja ke majlis itu Allah datangkan rasa mengantuk kepada Rasulullah. Akhirnya baginda tertidur dalam majlis itu. Kata Rasulullah, aku hanya sedar besoknya ketika panahan matahari panas mengenaiku. Besoknya ada kenduri lagi, Rasulullah pergi lagi dan hal yang sama juga berlaku lagi. Allah menjaga Rasulullah dari majlis kenduri-kendara yang dipenuhi maksiat didalamnya. Begitulah dari zaman jahiliyah sampai hari ini adat ini berterusan. Masyarakat mengambil peluang dengan majlis perkahwinan melakukan maksiat. Upacara pembukaan kehidupan berumah-tangga ini dimulakan dengan pesta maksiat. Bagaimanakah kita nak melahirkan zuriat yang soleh dan membina masyarakat yang bersih. Demikianlah Allah pelihara Rasulullah dari semua kerosakan ini.

Di antara pendidikan Allah kepada Rasulullah lagi, ketika Rasulullah hidup di rumah Abu Talib yang kadang-kadang makanan tidak mencukupi. Maklumlah Abu Talib ramai anak. Baginda tak pernah berebut makanan. Kerana tak mahu berebut kadang-kadang Rasulullah tak dapat makan dan tidur dalam keadaan lapar. Akhirnya Abu Talib perasan hal ini lalu Abu Talib mengkhususkan bahagian untuk Rasulullah. Begitu juga, Rasulullah dari kecil tidak pernah bercakap bohong. Bahkan Rasulullah terkenal dengan panggilan Al Amin yang jujur lagi benar.

Rasulullah semasa remajanya juga pernah menyertai keluarga dan kaumnya dalam peperangan untuk mempertahankan Mekah. Pernah satu ketika Qabilah Hawazin menyerang Mekah, Rasulullah menyertai orang Mekah mempertahankan Mekah. Baginda membantu bapa-bapa saudaranya menyiapkan panah. Dari situ Rasulullah dapat belajar strategi peperangan dari dekat. Rasulullah juga merupakan salah seorang anggota pakatan yang disebut....iaitu pakatan untuk membela orang orang yang dizalimi di Mekah. Siapa saja yang dizalimi akan dibela oleh pakatan ini. Begitulah keterlibatan Rasulullah dengan masyarakat ketika itu. Dengan itu Rasulullah terkenal di kalangan semua lapisan masyarakat sebagai seorang yang sangat berperibadi mulia dan sangat dihormati.

15.Rasulullah berniaga dengan harta Siti Khadijah

Di Mekah pada waktu itu ada seorang wanita kaya dari keturunan Bani Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Namanya Siti Khadijah binti Khuwailid. Diceritakan kekayaan Siti Khadijah bahawa perniagaan dia seorang menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Jadi bila dia dengar tentang Rasulullah, kejujuran Rasulullah dan peribadi Rasulullah yang sangat mulia, Siti Khadijah menawarkan kepada Rasulullah untuk menguruskan perniagaannya ke Syam. Rasulullah setuju dan keluarlah Rasulullah ke Syam membawa barang dangangan Siti Kahdijah. Rasulullah juga ditemani oleh Maisarah, salah seorang khadam Siti Khadijah.

Sepanjang perjalanan Maisarah merasa pelik, kagum dan sangat tertarik dengan peribadi Rasulullah. Bagaimana Rasulullah berhadapan dengan dirinya sendiri seorang hamba, tapi Rasulullah melayaninya dengan penuh mesra, kasih sayang dan lemah lembut. Rupanya selepas itu Maisarah dapat melihat perkara yang lebih pelik lagi, sepanjang perjalanan mereka, awan menaungi mereka dari cahaya matahari. Kali ini kafilah yang bersama dengan Rasululah singah juga ditempat rehat sebelum masuk ke Syam berdekatan dengan rumah ibadat Nasrani yang pernah didatangi oleh Rasulullah semasa Baginda mengikut bapa saudaranya Abu Talib. Ketika itu Buhaira dah tak ada lagi, Buhaira dah meninggal dunia. Rahib yang menganti tempat Buhaira juga perasan awan yang mengiringi perjalanan Rasulullah dan Maisarah. Ketika itu Rasulullah tidak berhenti ditempat biasa kafilah-kafilah berenti. Sebaliknya Rasululah berhenti tidak jauh dari situ dibawah sebatang pokok. Memang tak ada orang berhenti di situ. Rahib itu melihat dahan dan ranting-ranting pokok ini bergerak menaungi Rasulullah dari cahaya matahari. Akhirnya Rahib ini datang bertemu dengan Maisarah. Berbagai soalan dia tanya pada Maisarah. Rahib ini menuding kepada pokok yang menjadi tempat berteduh Rasulullah Saw sambil berkata, hanya seorang nabi sahaja yang berteduh dibawah pokok ini. Maisarah menjadi bertambah pelik mendengar hal ini.

Bahkan sepanjang perjalanan dan sepanjang berada di Syam, berbagai-bagai perkara pelik yang disaksikan oleh Maisarah. Akhlak Rasulullah, kasih sayangnya, kemampuan Rasulullah berhadapan dengan semua jenis manusia, belas kasihannya kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang kepadanya. Perniagaan Khadijah kali ini mendapat untung berlipat kali ganda. Ketika itu keuntungan yang dibuat oleh Rasulullah paling besar, mengatasi semua peniaga-peniaga lain yang menyertai kafilah itu. Bahkan kali pertama Siti Khadijah mendapat keuntungan sebesar itu melalui orang menjalankan perniagaannya selama ini.

Nah, kita telah melihat bagaimana Rasulullah berhadapan dengan berbagai suasana, dengan orang miskin, dengan pembesar, dalam peperangan, mengembala kambing, dengan hamba, dengan alam ini dan sekarang kita melihat pula bagaimana Rasulullah berhadapan dengan perniagaan, wang dan harta-benda. Hasil dari perniagaan kali ini, Siti Khadijah sangat senang hati dengan Rasulullah, apa lagi bila mendengar cerita-cerita dari Maisarah. Segala pengalaman Maisarah dengan Rasulullah sepanjang perjalanan. Bertambah kagum Siti khadijah dengan Rasulullah Saw.

Oleh kerana terlalu tertarik dengan peribadi Rasulullah, Siti Khadijah ingin menjadi isteri kepada Rasulullah. Ketika itu umur baginda 25 tahun dan masih bujang sementara umur Siti Khadijah 40 tahun. Seorang janda kaya lagi bangsawan yang telah kematian dua orang suami sebelum itu. Sebelum itu sudah ramai yang datang meminangnya termasuk pembesar-pembesar Quraisy. Masakan tidak, Siti Khadijah terkenal seorang perempuan yang baik, cantik, kaya dan bangsawan pula. Segala-gala keistemewaan ada padanya. Namun Siti Khadijah yang belum terbuka hati untuk berkahwin semula. Tapi kali ini Siti khadijah yang mahu. Dia hantar wakilnya untuk menyampaikan kepada Rasulullah. Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasulullah. Abu Talib yang menguruskan pernikahan itu bagi pihak Rasulullah, dialah yang mengetuai majlis akad dan menyampaikan khutbah nikah. Perkahwinan Rasulullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti Khadijah kembali ke Rahmatullah berlangsung selama 25 tahun.

Dalam tempoh 25 tahun ini Rasulullah hanya mempunyai seorang isteri iaitu Siti Khadijah. Ketika Siti Khadijah meninggal dunia, umur Rasulullah sudah 50 tahun. Selepas itu barulah Rasulullah berkahwin dengan Ummahatul Mukminin yang lain. Semua perkahwinan itu kerana hikmah-hikmah yang besar, antaranya kerana ingin mengangkat derjat sahabat-sahabat baginda sepertimana Rasulullah mengahwini Siti Aisyah puteri Saidina Abu Bakar RA. Begitu juga Saidatina Hafsah, puteri Saidina Umar RA. Atau Rasulullah menghwini kerana pembelaan seperti Rasulullah mengahwini Umu Salamah, janda Abu Salamah atau kerana dakwah seperti Rasulullah mengahwini Juwairiyah puteri ketua qabilah Yahudi. Dari Siti Khadijah Rasulullah dikurniakan dengan anak-anak lelaki antaranya Al Qasim dan Abdulah. Anak lelaki ketiga Ibrahim dari Mariah Qibtiah. Kesemua mereka meninggal dunia sejak kecil lagi. Adapun anak-anak perempuan, Ruqayah, Zainab, Umu Kalthom dan Fatimah. Kesemua mereka hidup sampai zaman Islam..

Siti Kahdijah ini adalah seorang isteri yang terlalu banyak berkorban kepada Rasulullah dan perjuangan Rasulullah. Dialah yang membantu suaminya dengan hartanya dan kedudukannya. Selepas mengahwini Siti Khadijah, Rasulullah terus menjalankan perniagaan Siti Khadijah. Tapi Rasulullah tak keluar musafir lagi, hanya menguruskan dari Mekah. Begitulah ketentuan Allah kepada Rasulullah. Pernah hidup miskin dan sekarang hidup dalam kekayaan pula. Jadi Rasulullah merasai semua keadaan.

16.Rasulullah meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya

Dalam tempoh ini juga berlaku banjir besar melanda Mekah hinga menyebabkan Kaabah hampir runtuh. Quraisy berpakat membina semula Kaabah, masing-masing mereka mengeluarkan perbelanjaaan untuk itu. Maha Besar tuhan, Allah telah monitor hati mereka sehingga wang yang mereka sediakan untuk membina Kaabah semula ini hanya wang-wang yang bersih. Bukan wang hasil penipuan, riba dan bukan hasil pelacuran. Setelah dana terkumpul, mereka menghadapai masalah untuk mencari juru bina yang mampu membina binaan dari batu-bata sedangkan orang Mekah tak pandai membina dari batu. Justeru itu rumah-rumah mereka semua dari tanah. Allah telah menghantar orang yang boleh membantu mereka dalam hal ini. Namun lepas itu mereka menghadapi masalah besar, bagaimana nak meruntuh binaan yang hampir roboh itu untuk dibina semula dengan binaan baru.

Pembesar-pembesar Quraisy semua tak berani. Kesemua mereka menyaksikan bagaiman Allah lakukan kepada tentera bergajah Abrahah yang cuba nak melanggar Kaabah. Akhirnya Al Walid bin Mughirah, ayahanda Saidina Khalid memberanikan diri. Setelah melihat tidak perkara buruk yang menimpa Al Walid barulah mereka semua berani menolong Al Walid. Mereka meruntuhkan binaan lama Kaabah dengan hati yang takut dan cemas. Hati mereka terus berdoa kepada Tuhan, bahwa apa yang mereka harapkan ialah kebaikan bukan untuk merosakkan Kaabah.

Bila dah dibina semula Kaabah, sampai pada fasa meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya kembali, masing-masing berebut. Pada mereka ini satu kemuliaan yang besar yang semua orang nak mendapat kemuliaan ini. Hampir-hampir berlaku peperangan antara kabilah dalam Quraisy kerana berebut untuk meletakkan Hajarul Aswad ini. Akhirnya mereka mencari hakim. Hakim membuat keputusan bahawa siapa yang pertama masuk ke Masjidil Haram dialah yang akan memutuskan siapa yang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad ini ketempatnya. Sedang mereka semua menunggu dengan cemas siapakah yang akan membuat perhitungan ini, masuklah Rasulullah. Semua mereka menjerit: semua mereka senang hati dan setuju dengan Rasulullah.

Rasulullah dengan kebijaksaaannya menyelesaikan masalah itu dengan penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak. Rasululah buka serbannya, kemudian diletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengah serban dan semua ketua Kabilah mengangkat serban ini bersama-sama dari penjuru masing-masing. Bila sampai ketepi Kaabah, Rasulullahlah yang meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya dengan tangannya yang mulia itu. Jadi hakikatnya Rasululah yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempatnya. Begitulah orang yang Allah pilih, di saat-saat akhir Allah datangkannya walaupun dia tidak berada di situ. Maha Besar Tuhan yang memuliakan siapa yang dia kehendaki. Dengan itu Rasulullah telah menyelamatkan bangsa Quraisy dari peperangan saudara diantara mereka.
Kembali Ke Atas Go down
 
sirrah Nabi Muhammad
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Hadis Bukhari tentang para istri Nabi saw meminta keadilan karena Nabi saw dianggap zalim terhadap mereka (wal iyadh billah).. Parah sekali hadis ini !
» Hadis Bukhari tentang para istri Nabi saw meminta keadilan karena Nabi saw dianggap zalim terhadap mereka (wal iyadh billah).. Parah sekali hadis ini !
»  Cara nabi s.a.w
» *KISAH NABI YUSUF A.S*
» Kisah Nabi Musa: Terbelahnya Laut Merah

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
subhannaallah wabihamdih :: muhammad rosulullah s.a.w :: muhammad rosullah s.a.w :: riwayat rosulullah s.a.w-
Navigasi: