subhannaallah wabihamdih
subhannaallah wabihamdih
subhannaallah wabihamdih
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

subhannaallah wabihamdih

membahas tentang agama islam.sunah rosulullah s.a.w, hidup & kehidupan
 
IndeksportalPencarianLatest imagesPendaftaranLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
bismillahirohmanirohim
--


border="0"


border="0"


border="0"

like/ twitter/+1
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Latest topics
» الشيخ محمد العريفي - ضع بصمتك في الخمور 1 - 7
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeMon Dec 12, 2011 12:55 pm by indofal

» ceramah syeh afeefuddin
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeThu Dec 08, 2011 11:57 am by indofal

» wafat gusdur mantan presiden RI
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeMon Dec 05, 2011 11:00 am by indofal

» kumpulan bayi-bayi lucu
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeMon Dec 05, 2011 10:53 am by indofal

» Islam sebagai Landasan Politik Melayu
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:56 pm by indofal

» Lumpur Lapindo dan Dongeng Timun Emas
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:51 pm by indofal

» Dahsyatnya Pengaruh Dongeng
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:48 pm by indofal

» Bau Nyale, Teladan Berkorban Pemimpin
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:45 pm by indofal

» Sumbangan Bahasa Melayu Riau Kepada Bahasa Indonesia
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeWed Nov 30, 2011 1:41 pm by indofal

Top posters
indofal
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313 
barkah
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313 
Mujahid R. Faezan
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313 
lestarie
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313 
NurFirman
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313 
reva_rn
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  313 
Gallery
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Empty

 

 Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah

Go down 
PengirimMessage
indofal
Admin
indofal


Jumlah posting : 221
field name : 0
Join date : 25.12.10
Age : 49
Lokasi : http://id.netlog.com/indofal

Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Empty
PostSubyek: Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah    Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  Icon_minitimeWed Jan 05, 2011 12:12 am

Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah
- dipetik dari Majalah Mastika keluaran Januari '98.
ditulis lagi oleh indofal

Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah  311129

Assalamualaikum muslimin/muslimat,

Secebis kisah untuk sama-sama kita buat pedoman dan panduan dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari. Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh Haji Mazlan Nasron(salah
seorang yang selalu menguruskan jemaah haji ditanah suci Mekah).
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.

Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama gunung semanggol, Perak. keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Setiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit dimana tanpa sebab apa pun, sebaik saja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita tersebut. "kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang
sedang terjadi.
"badan dia panas dan menggigil. kakak ni tak sadarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain diantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital madinah, wanita itu masih belum sadarkan diri. bermacam-macam usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. sampai waktu petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut dihospital setempat. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah,
saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sadarkan diri. Sampai dua hari, wanita itu masih juga tidak sadarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu diantar ke hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapat kan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadwal haji mesti diteruskan. kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahwa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Sari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya, tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis terisak-isak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "Mazlan ...kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"kenapa tiba-tiba saja kakak mau bertaubat?" tanya saya masih terheran heran. Wanita itu terus menangis terisak-isak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. ta lama kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kawin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak hilap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tidak melakukannya. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tidak menjalaninya. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak itu main sepak terjang, ringan tangan padaku,sering kali dia memukuli aku," katanya tersedu-sedan.
"habis yang kakak pergi haji ini?"
"jika...kakak melihat orang lain pergi haji, rasanya kakak juga ingin sekali pergi naik haji."
"jadi apa sebab kakak menangis sampai seperti ini. Ada sesuatu yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma itu, kakak telah diazab dengan siksaan yang benar-benar pedih atas segala kehilapan yang telah kakak perbuat selama ini.
"betul kah itu kak?" tanya saya, terkejut.
"betul Mazlan. semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab dunia, bukan balasan syurga. kakak serasa seperti diazab di neraka.
"kakak ini seumur hidup tak pernah pakai kerudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. sakitnya minta ampun ga bisa kakak ceritakan macam apa pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.
"bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan dijepit dengan penjepit yang dibuat dari bara api, kemudian ditarik ke sana-kemari...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada itu kembali."
Tanpa mempedulikan pasien yang lain dan jururawat memperhatikannya wanita itu terus bercerita. menurutnya lagi. Setiap hari dia disiksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk beristirahat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "hari-hari kakak disiksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti kaya tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh kayanya untuk diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis terisak-isak. nyata dia betul-betul menyesal dengan kehilapannya dahulu. Saya pula tercengang, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
"Mazlan...kakak ini cuma islam namanya saja , tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah. Semasa tidak sadarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.
"bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam perut kakak. Sedangkan jari yang tertusuk jarum pun terasa sakitnya, ini juga duri-duri besar menusuk kerongkong dan perut kita "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan panasnya api neraka.
"selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah.
"masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon & berkata.
kakak akan buktikan bahwa kakak tak akan ulangi lagi kehilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg solehah. kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kehilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka
baiklah balasan yang akan kita terima. Kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih seperti itu. kakak bertaubat mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kehilapan kakak dahulu. kakak bertaubat...kakak
taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita tersebut benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu Maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang Subuh.
"kakak...yang kakak sembahyang terus-terusan itu kenapa. kakak harus jaga juga kesehatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak sebaiknya kakak pulang dulu, makan nasi, beristirahat..." tegur saya.
"tak apalah Mazlan. kakak ada bawa buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqandakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampuninya akan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut karana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit . Jadi saya menasehatinya supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesehatannya.
"tak boleh Mazlan. kakak takut...kakak udah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan belum merasakannya, Mazlan tak tau. kalau Mazlan udah merasakan azab itu, Mazlan juga akan jadi seperti kakak. kakak betul-betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai kerudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah kerudung. cukuplah kakak saja yang merasakan siksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi seperti kakak.
"semasa diazab, kakak lihat undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrimnya melihat
sehelai rambut kakak ini, kakak mendapat 10 dosa.
"tapi mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. ... kalau seorang melihat rambut kakak, ini maka beribu-ribu pula dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang melihat, seperti apa? kalau 100 orang melihat? itu sehari, kalau berhari-hari kita tak pakai kerudung macam kakak ni? Allah...
"kakak berazam, sepulangnya dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami kakak sembahyang, puasa, mengaji, melakukan ibadat. kakak harus ajak suami pergi haji. Seperti kakak, suami kakak itu islam pada nama saja. tapi itu semua kehilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tidak membimbing dia. bukan itu saja, kakak juga yang jadi seperti orang bukan islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak mendengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan nabi dalam Al-Quran dan Hadis. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.
ok teman-temanku semua muslimin muslimat,itulah cerita dari haji mazlan,mari kita perbaiki diri kita selama allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk hidup di dunia ini untuk memperbanyak amal ibadah kita & mempertebal iman serta taqwa kita pada allah s.w.t.
smga artikel ini bermanfaat & berfaedah untuk yg membaca
Kembali Ke Atas Go down
https://indofal.indonesianforum.net
 
Kisah Benar Seorang Wanita Yang Koma di Mekah
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Rasulullah Saw masuk Mekah
» TATA CARA SHOLAT YANG SAH & BENAR
» *KISAH NABI YUSUF A.S*
» KISAH SITI FATIMAH - PUTERI RASULULLAH SAW
» Kisah Nabi Musa: Terbelahnya Laut Merah

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
subhannaallah wabihamdih :: subhannallah wabihamdih :: subhannallah wabihamdih :: pelajaran dalam iman-
Navigasi: